ONEXOXBIZ.COM

ONEXOX. GUNA DAN JANA PENDAPATAN. BISNES CARA BIJAK.. ONLINEKAN  JER..

Bisnes Secara Automated

Perniagaan Yang Mempunyai Prospek Tertinggi Di Dunia. Tua Muda, Remaja, Semua Guna.

Kenapa Anda Patut Buat Bisnes Online Macam Ni?

  • Anda Tak Perlu Keluar Modal Buka Kedai Fizikal
  • Anda Tak Perlu Modal Simkad Sebab Segalanya Diuruskan Oleh HQ
  • Website 24jam Sehari Kerana Internet Tak Pernah Berhenti
  • Tidak Terikat Dengan Masa Untuk Bekerja
  • Facebook Dealer Group Untuk Sebarang Soalan Produk Onexox

Dah Bersedia Nak Mulakan Bisnes Online Secara Partime Atau Pun Fulltime? Jom.. Jadi Orang Terawal Untuk Rebut Peluang Menjana Pendapatan Tanpa Had Ini.

Jangan Tunggu Lagi Sedangkan Orang Lain Sudah Pun Mengaut Pendapatan Ribuan Ringgit Hanya Dengan Online. Takkan Kita Nak Ketinggalan…

Daftar

Apa Yang Perlu Anda Buat Adalah Jadi Pengguna Simkad ONEXOX, Daftar Sebagai Dealer, Bina Web Promosi, Kemudian Hanya Share Iklan-Iklan Yang Disediakan ke Sosial Media Anda

Development

ONEXOXBIZ Akan Bangunkan Web Promosi Untuk Anda Supaya Bisnes Anda Akan Berjalan Secara Automatik dari segi Pendaftaran, Pembayaran Dan Penghantaran Simkad Terus Kepada Pelanggan Anda.

Marketing

Anda Cuma Perlu Kongsikan Iklan-Iklan Yang Disediakan Ke Laman-Laman Sosial Anda Seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan sebagainya..

Social media

Kongsikan Seberapa Banyak Dan Kerap Ke Sosial Media Anda Kerana Semakin Banyak Iklan Anda Maka Semakin Ramai Prospek Yang Bakal Jadi Pelanggan Anda.

eCommerce

Dari Web Promosi Anda, Prospek Akan Dibawa Ke Laman Web Rasmi ONEXOX Untuk Urusan Pembelian, Pendaftaran Dan Penghantaran Simkad.

Help & Support

Untuk Pendaftaran Sebagai Dealer, Anda Boleh Menghubungi pihak ADMIN Di Whatsapp ONEXOXBIZ Atau Pun Emelkan Ke admin@onexoxbiz.com

Plan Simkad ONEXOX

Kelebihan Jadi Pengedar ONEXOX

Insentif Topup 10%

  • Contoh anda berjaya jual sebanyak 1,000 simkad.
  • 1,000 x RM30 (anggaran topup / reload setiap pengguna) = RM30,000 x 10%. Anda akan dapat insentif sebanyak RM3,000 pada bulan tersebut.
  • Insentif ini berterusan setiap kali pengguna membuat tambah nilai (topup).
  • Ini dinamakan pendapatan pasif; anda buat kerja sekali dan untungnya berterusan.
  • Pengguna topup / reload di mana-mana sahaja (7E / ePay / Online / Pengedar / Stesen Minyak), anda tetap akan dapat insentif 10% ini.
  • Juga Insentif Jual Pek Simkad Dan Insentif Erecaj Jika Anda Menjual Topup Kepada Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan

'Marketing sungguh mudah, share iklan kat facebook, whatsapp je.. Dalam tak sedar, dah ada customer register guna link kita dah'
'Sesapa yang nak bisnes cara mudah, inilah caranya. Sambil berehat kat rumah pun boleh berniaga, guna henpon ja pun'
'Dah masuk tahun 2020, semua orang online. Berniaga pun kena online gak ler.. Takkan kita nak ketinggalan'
'Kalau nak berniaga buka meja rasanya macam tak sempat, guna web promo macam ni ja la senang...'
Mohd Azlan
Perak

SYARAT LAYAK TERIMA INSENTIF / HIBAH

Berikutan keadaan semasa COVID-19, ONEXOX telah menetapkan sasaran KPI yang baharu (sementara).
1. 1 PENGAKTIFAN. Pengedar akan menerima hibah mengikut kaedah pilihan pembayaran yang ditetapkan pengedar.
ATAU
2. JUALAN ERECHARGE RM100. Pengedar yang tidak dapat membuat 1 pengaktifan tetapi berjaya membuat jualan eRecharge peribadi berjumlah RM100 layak menerima hibah dalam bentuk eRecharge sahaja.
3. KPI ini akan berubah selepas habis wabak covid19
 
Setiap pengedar wajib mencapai KPI yang ditetapkan setiap bulan bagi menjamin hibah bagi bulan berikutnya.
Kegagalan pengedar mencapai KPI bagi 6 bulan berturut-turut akan menyebabkan akaun pengedar “Demoted“. Seterusnya jika 12 bulan berterusan gagal mencapai KPI, akaun pengedar akan ditamatkan.

Berapa Modal Untuk Jadi Dealer?

Pakej Basic Dealer RM40 (Promosi)

Anda akan dapat:
  • Akses penuh sistem pengedar (OneSys dan aplikasi oneXapp)
  • Boleh melantik Dealer baharu
  • Layak untuk terima insentif 1 Tier:
    Tier 1 — 10%

Pakej Full Dealer RM478

Anda akan dapat:
  • 10 keping simkad ONEXOX (Starter Pack / MNP)
  • RM300 e-Recharge (Topup untuk dijual semula atau guna sendiri)
  • Akses penuh sistem pengedar (OneSys dan aplikasi oneXapp)
  • Boleh melantik Dealer baharu
  • Layak untuk terima insentif 4 Tier:
    Tier 1 — 10%
    Tier 2 — 2%
    Tier 3 — 2%
    Tier 4 — 1%
Sebelum anda layak mendaftar sebagai Dealer atau Pengedar ONEXOX, anda perlu Daftar sebagai Pengguna ONEXOX terlebih dahulu.
Sila pilih plan BLACK B39 supaya anda layak menjual pakej Prepaid, B10, B39, B59, B59DB, B89, B89DB

Web Promo Lak Camna?

Normal Webpage =RM99/tahunan

User onexoxbiz.com =RM39/tahunan

SPECIAL OFFER

RM1

Untuk 99 User Terawal Yang Mendaftar Melalui Link Dealer ONEXOXBIZ.COM

 

Black

ONEXOX BLACK

1) Apakah itu ONEXOX BLACK?
ONEXOX BLACK bukanlah POSTPAID mahupun PREPAID! Bukan sebuah pelan mudah alih yang biasa terdapat, malah membentuk sebuah kategori yang baharu sebagai pelan mudah alih didalam industri telekomunikasi. Alangkah baiknya jika kesemua data, minit dan SMS yang masih belum digunakan tidak terhapus? Jangan lihat ke mana-mana lagi kerana dengan ONEXOX BLACK, semua yang di dalam akaun BLACK akan dibawa kehadapan selamanya! #TIADAPEMBAZIRAN! Juga bermaksud anda boleh terus bebas melayari internet daripada mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang dipilih TANPA perlu membuat langkah tambahan seperti untuk mengaktifkan data daripada akaun Season Pass.
2) Apakah perbezaan di antara ONEXOX BLACK dengan pelan mudah alih konvensional yang lain?
TIADA PEMBAZIRAN – Kesemua data, minit dan SMS yang belum digunakan tidak akan terhapus dan akan dibawa kehadapan SELAMANYA selagi akaun pelanggan masih AKTIF.
TIADA KONTRAK – Jangan risau merasa terikat! Nikmati pelan ONEXOX BLACK yang tiada kontrak.
24/7 INTERNET BERKELAJUAN TINGGI – Tiada sekatan kelajuan dengan ONEXOX BLACK! Nikmati internet berkelajuan tinggi bila-bila masa 24/7 di mana jua anda berada.
3) Bolehkah pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada menaik taraf ke pelan BLACK?
Boleh. Sila rujuk pada soalan no.4
4) Apakah cara bagi PELANGGAN BAHARU dan PELANGGAN SEDIA ADA untuk melanggan ONEXOX BLACK?
PELANGGAN BAHARU:
▪ Dapatkan daripada pengedar sah ONEXOX BLACK berhampiran anda atau
▪ Dapatkan secara online melalui www.xox.com.my atau
▪ Dapatkan daripada pusat-pusat perkhidmatan ONEXOX atau
▪ Hubungi 1300 888 010
PELANGGAN SEDIA ADA (tukar pelan/COBP):
▪ Dapatkan daripada pengedar sah ONEXOX BLACK berhampiran anda atau
▪ Dengan melayari Self Care atau
▪ Hubungi 12273
5) Apa yang berlaku kepada 36GB PERCUMA (30GB+6GB) ke atas pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada yang telah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK tidak lagi menikmati 36GB PERCUMA (30GB+6GB).
6) Ketika pendaftaran pelan ONEXOX BLACK dibuat, pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada dan pelanggan baharu perlu membuat bayaran pendahuluan mengikut pelan ONEXOX BLACK yang dipilih.

​7) Bilakah pelanggan ONEXOX BLACK akan menerima penyata BLACK sekiranya mendaftar pada 15 Januari 2018?
Pelanggan akan menerima e-penyata atau penyata bercetak (jika diminta) pada 15 Februari 2018.
8) Apa yang berlaku kepada item-item di dalam kaunter Season Pass pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada setelah bertukar ke pelan ONEXOX BLACK?
Item yang akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
▪ Data yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
▪ Minit yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
▪ SMS yang berada di dalam kaunter SEASON PASS
▪ ‘Loyalty Point’ Kredit yang belum digunakan
Item yang tidak akan dibawa ke akaun ONEXOX BLACK
▪ Tempoh sah
▪ SMS Percuma
▪ Data yang telah diaktifkan
9) Berapa banyakkah data yang akan dipindahkan ke akaun ONEXOX BLACK setelah pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada berjaya menaiktaraf?
Maksimum 100GB
• Contoh, sekiranya pelanggan prabayar ONEXOX sedia ada mempunyai 200GB di dalam kaunter SEASON PASS, hanya 100GB sahaja yang akan dipindahkan ke dalam akaun ONEXOX BLACK.
10) Berapa banyakkah data yang boleh dibawa dan dikumpulkan dibulan hadapan oleh pelanggan ONEXOX BLACK?
Maksimum 100GB
11) Apakah yang berlaku sekiranya pelanggan ONEXOX BLACK telah menggunakan kesemua data, minit dan SMS di dalam akaun ONEXOX BLACKnya?
▪ Untuk minit, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.15/minit mengikut blok 30 saat (7 sen untuk 30 saat pertama dan 8 sen untuk 30 saat kedua) dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya. Dengan syarat yang sama, pelanggan ONEXOX BLACK juga boleh memilih untuk membeli promosi ‘Happy Hour’ (333 minit @ RM30) atau pakej minit Season Pass (999 minit @ RM90) atau pakej kombo Season Pass (10GB + 333 minit @ RM80 dan 20GB + 333 minit @ RM130).
▪ Untuk SMS, penggunaan dikira berdasarkan kadar ‘pay per use’ dimana pelanggan akan dicaj RM0.10 bagi setiap SMS dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya.
▪ Untuk data, tiada kadar ‘pay per use’ dikenakan. Pelanggan boleh mendapatkan data tambahan dengan membeli promosi ‘Happy Hour’ atau mana-mana pakej Season Pass dengan syarat pelanggan tersebut mempunyai bayaran pendahuluan atau kredit yang mencukupi di dalam akaunnya dan jumlah GB di dalam akaunnya tidak melebihi 100GB setelah pembelian dibuat. Data yang dibeli akan tersimpan di dalam akaun ONEXOX BLACK dan pelanggan boleh terus menikmati internet tanpa perlu mengaktifkan langganan data terlebih dahulu.
12) Adakah terdapat penyata bulanan dalam bentuk salinan digital atau bercetak kepada pelanggan ONEXOX BLACK?
▪ Penyata bulanan salinan digital akan dihantar ke email yang telah didaftarkan tanpa bayaran.
▪ Penyata bulanan bercetak juga boleh diminta dengan kadar RM5 setiap bulan. Sila pastikan alamat surat menyurat yang diberikan adalah tepat.
13) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menukar pelan yang dilanggan dengan mana-mana pelan ONEXOX BLACK yang lain?
Ya. Pelanggan boleh menukar pelan yang dilanggan dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di talian 12273. Pelanggan mesti juga memastikan akaunnya tidak mempunyai apa-apa amaun yang tertunggak.
14) Bagaimana caranya untuk pelanggan ONEXOX BLACK membuat pembayaran?
• Pembayaran Online
        ▪  Self Care
• Berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX
• Pembayaran debit terus : Hubungi 12273 atau berkunjung ke mana-mana pusat perkhidmatan ONEXOX :
     ▪ Pendaftaran memerlukan dokumen seperti ;
                  ▪ Salinan Kad Pengenalan / Passport
                  ▪ Borang Kebenaran (terdapat di pusat perkhidmatan ONEXOX)
• Pembelian baucar tambah nilai di :

Picture

 
15) Garis masa Black, sekiranya bayaran tidak dibuat oleh pelanggan?
Pelanggan akan mengalami situasi berikut sekiranya bayaran bulanan tidak dibuat :

Picture

 
 
16) Bolehkah pelanggan ONEXOX BLACK menggunakan data, minit dan SMS daripada kaunter ONEXOX BLACK sewaktu akaunnya digantung atau disekat?
Tidak. Pelanggan tidak boleh menggunakan sebarang data, minit dan SMS sewaktu akaunnya digantung atau disekat.
      ▪ Digantung : Hanya boleh menerima panggilan dan SMS
      ▪ Disekat: Tiada sebarang aktiviti dibolehkan.
17) Menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX pada bila-bila masa.
Pelanggan ONEXOX BLACK boleh menukar semula ke pelan prabayar ONEXOX dengan nombor yang sama.
      ▪ Walau bagaimanapun, kesemua item (kredit, data, minit, SMS dan ‘loyalty point’) yang terdapat di dalam akaun ONEXOX
        BLACK tidak akan dipindahkan ke akaun prabayar ONEXOX.
      ▪ Pelanggan mesti memastikan tiada sebarang amaun yang tertunggak sebelum memohon penukaran semula ke pelan  
        prabayar ONEXOX.